117 didakwa ingkar PKP di Johor Bahru

Kat Johor Bahru ada 117 orang yang dah didakwa di mahkahmah seluruh negeri Johor sepanjang tempoh 2 minggu PKP ni sebab ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa masalah rakyat ni yang tak mengikut PKP ni? Korang kena la duduk rumah korang boleh layan keluarga anak dan isteri.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua tangkapan dari 18 Mac hingga semalam itu didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Justeru kita berharap kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat supaya berada di rumah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, jika ditangkap dan disabit kesalahan kerana ingkar perintah mana-mana pegawai yang diberikan kuasa, mereka boleh disabit di bawah Seksyen 24 Akta 342 dan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, jika didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengiystiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 boleh disabit dengan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang boleh didenda RM1,000.

Selain itu katanya, sepanjang tempoh perlaksanaan PKP dari 18 Mac hingga 31 Mac, seramai 611 ditahan dengan jumlah terbaharu melibatkan 85 tangkapan semalam.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *