Buat Pencinta Foto! Bayar 1 Untuk 2 Huawei P40 Series Hanya Dengan Maxis Dapat Hasil Foto & Sambungan 5G Terbaik

Kami yakin korang pasti tahu serba sedikit ciri-ciri khas yang ada pada peranti terbaharu daripada HUAWEI iaitu P40 Series. Buat jurugambar, P40 Series ini hadir dengan keupayaan fotografi terbaik dan kadar sambungan 5G yang mampu memberikan korang pengalaman yang sangat luar biasa.

Jadi, kami ada berita baik untuk mereka yang berniat untuk dapatkan HUAWEI P40 Series ini. Maxis dengan kerjasama HUAWEI hadir dengan promosi menarik antaranya adalah 2 peranti pada 1 harga.

Dengan pakej Maxis Zeroution, korang boleh dapat 2 telefon pintar pada 1 harga, ia berbaloi kerana tidak melibatkan apa-apa bayarang upfrontBermula dengan serendah RM159 sebulan, korang mampu jimat sehingga RM2,542 pada recommend retail price (RRP).

HUAWEI-MAXIS

Tetapi harga tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jadi buat korang yang ‘tersangkut’ seorang diri di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Apa kata jadikan HUAWEI P40 Series sebagai reward untuk diri sendiri. Best kan?!

Atau mungkin boleh jadikan sebagai hadiah untuk ulangtahun pasangan atau hadiahkan sahaja kepada ibu bapa korang. (beri hadiah paling mahal sekali sekala its okay, kata sayang!)

Plan

Pelbagai Hadiah Percuma Menanti

Selain daripada itu, korang juga berpeluang untuk mendapat hadiah percuma berniali RM796 untuk setiap pembelian HUAWEI P40 Series. Antara hadiah yang menanti adalah :

  • HUAWEI P40 Wireless Charging Case bernilai RM289 atau HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger bernilai RM289
  • 1 tahun waranti dan 1 bulan perlindungan skrin bernilai RM248
  • 3 bulan langganan HUAWEI Video bernilai RM113.40
  • 50GB storan HUAWEI Cloud  selama 12 bulan bernilai RM46.80
  • 3 bulan langganan Maxis Safe Device bernilai RM99
collage

Tetapi jika korang adalah seorang yang single dan forever alone, boleh dapatkan HUAWEI P40 Series secara individu dengan harga RM99 sebulan dengan Maxis Zerolution atau RM1,299 dengan kontrak biasa.

Jadi apa yang hebat sangat dengan HUAWEI P40 Series. Di sini kami bantu korang senaraikan pengalaman luar biasa dengan peranti ini.

Hasil Gambar Yang Berkualiti

HUAWEI P40 Series masih mengekalkan kedudukannya sebagai kamera telefon pintar terbaik. Dilengkapi dengan Ultra Vision Leica Camera, P40 Series menghasilkan gambar yang luar biasa.

HUAWEI-2

Dengan adanya sistem AI, ia melengkapkan fungsi kamera bagi memastikan gambar yang dihasilkan dapat mencapai kualiti tinggi. Tidak kira jika anda menggunakan kamera pada waktu malam atau siang, kualiti yang dihasilkan pasti memuaskan!

Pengalaman Sambungan 5G Yang Luar Biasa

Dikuasakan dengan Kirin 90 5G, HUAWEI P40 Series menyokong mod rangkaian non-standalone (NSA) dan standalone (SA). Ia menyokong jalur frekuensi 5G untuk memberikan perjalanan global tanpa gangguan.

HUAWEI P40 Series menyokong Wi-Fi 6 Plus. Dengan standard Wi-Fi 6, ia menyokong saluran jalur lebar 160MHz dan 1024-QAM untuk mencapai kadar transmisi puncak 2400Mbps.

Korang akan mempunyai isyarat yang lebih baik dan menikmati sambungan 5G yang tiada tandingan. Jika mahu live streaming dengan resolusi 4K juga tidak akan menjadi masalah.

sumber : The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *