Covid-19 : Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Untuk Fasa-3. Apa Kata Korang?

Image may contain: 2 people

Baru sahaja kita semua dengar Perutusan Khas Perdana Menteri tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilanjutkan. Tempoh PKP untuk fasa-3 akan bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020.

Ada yang menarik nafas lega malah ada juga yang sedih tatkala tempoh akan disambung lagi 2 minggu.

Walaupun nampak ia merumitkan semua sektor pekerjaan, di mana ekonomi jatuh, ramai warga Malaysia yang hilang punca pendapatan disebabkan wabak Covid-19 tetapi demi mengelakkan ramai lagi yang terkena positif virus itu, kerajaan mengambil inisitatif dengan memastikan kita baik-baik saja duduk di rumah.

Semoga kita sama-sama berjuang bekerjasama untuk memutuskan rantaian Covid-19 dari terus menular.

Untuk barisan hadapan, terima kasih untuk keselamatan rakyat negara.

#kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *