Feeling Habis! Rider Main Piano Lepas Hantar Makanan Di IYC Curi Tumpuan

Selain para petugas barisan hadapan, jasa para penghantar makanan atau barangan sangat mustahak dalam mendepani dengan wabak Covid-19. Malah ragam golongan ini sering mencuti tumpuan netizen di Twitter baru-baru ini.

Memang feeling habis…

Menerusi 2 video yang masing-masing berdurasi 32 saat dan 51 saat yang dikongsi oleh pemilik Izat Yuan, dia sempat merakam seorang brader penghantar makanan sedang asyik bermain piano selepas menghantar makanan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Kedengaran seperti pemain piano profesional, Izat Yuan diperdengarkan dengan 2 buah lagu iaitu ‘Kisah Cinta Kita’ daripada Hafiz Suip dan ‘Havana’ yang dipopularkan dengan penyanyi antarabangsa Camilla Cabello.

Baru lepas hantar order… Ingatkan line clear…

Selepas viral video rider itu di Twitter, empunya diri, Amirullah tampil menjelaskan situasi sebenar. Ujarnya, dia baru saja selesai menghantar pesanan dan tidak sangka pula ada yang curi-curi merakam gelagatnya.

Malah, dia berterima kasih kepada perakam walaupun hakikatnya dia bermain piano ketika itu hanya untuk memeriahkan suasana sahaja.

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Selepas kejadian itu, ada jugak yang menanyakan kepada rider Amirullah tentang kelas muzik yang diambil dan gred keberapa belajar piano.

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Jawabnya, dia tidak pernah pergi kelas muzik malah belajar sendiri di Youtube saja. Wow, hebat kan?

Korang yang bosan duduk sepanjang PKP ni pun boleh belajar main piano atau apa-apa alat muzik. Yang penting alat muzik ada lah kat rumah. Hehe…

Sumber : Twitter Izat Yuan & Amirullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *