“Kita Memberi Bukan Sebab Kaya, Tapi Kita Tahu Peritnya Bila Tiada”- Shahrol Shiro

Dengan rantaian wabak Covid-19 yang kelihatan masih samar untuk sampai ke penghujungnya, di samping Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sehingga 14 April, pastinya menjejaskan rakyat biasa untuk menyediakan keperluan seisi rumah.

Oleh itu, Pengerusi Gerakan Revolusi Orang-Orang Muda Johor (GROOMJ), Shahrol Azizie Azmi (Sharol Shiro) bersama Ketua Pemuda Cawangan Kluang telah bergerak mengagihkan sumbangan berbentuk barang-barang keperluan di sekitar Kluang pada petang 27 Mac (semalam) dan 28 Mac (hari ini).

Ini merupakan inisiatif bagi bertujuan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan di daerah Kluang, khususnya mereka yang tidak boleh bekerja atau menjana pendapatan sepanjang PKP. Kawasan-kawasan yang terlibat mendapat sumbangan daripada GROOMJ dan Ketua Pemuda Cawangan Kluang adalah seperti Estet Bukit Benut, Taman Ilham, dan Kampung Dalam Kluang.

“Kita memberi bukan sebab kita kaya tapi kita tahu peritnya bila tiada”. Itulah kata-kata daripada Pengerusi GROOMJ yang sangat menyedarkan kita semua bahawa ini lah masanya untuk kita memandang dan perhati keadaan sekeliling kita.

‘Sedekah tidak akan membuatmu miskin’

Jika kita dikurniakan rezeki lebih berbanding daripada sekumpulan masyarakat, sumbanglah seikhlas mampu agar jangan membiarkan mereka terputus bekalan makanan.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban penduduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *