Kreatif! Hanya Gunakan Peralatan Biasa Di Rumah, Pengarah Terkenal Dapat Hasilkan Video ‘Stop Motion’

Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun masuk fasa ke-4. Mesti korang banyak spentime kat rumah kan dengan idea-idea kreatif korang. Seorang pemuda yang juga pengarah terkenal tempatan, Quek Shio juga tidak kurang hebatnya.

Difahamkan beliau gemar aktiviti berbasikal. Oleh itu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan oleh Perdana Menteri kita, Quek Shio telah pun berkongsi di Instagramnya tentang terhasilnya video stop motion yang sangat kreatif.

Menariknya, Quek Shio hanya menggunakan barang di rumah saja!

Segala props yang beliau guna adalah barang peribadinya sendiri seperti medal, baju, dan buku. Untuk menggabungkan seribu gambar menjadi sebuah video bukanlah senang ye, lebih-lebih lagi kalau dibuat seorang diri. Tapi kalau dah namanya pengarah, pasti kacang. Betul tak?

Oh ya, mesti korang tertanya siapa Quek Shio kan? Pengarah filem atau drama apa? Kalau korang pernah tonton video iklan TNB 2019 Konvoi Epik Raya Fantastik, Quek Shio la pengarah untuk video tu.

Memang otak kreatif kan?

Apa pula aktiviti epik korang buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Kami harap korang dapat isi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *