LONG DISTANCE RELATIONSHIP (LDR). BOLEH SURVIVE KE?

Zaman percintaan selalunya memang indah. Nampak manis belaka sehingga tahi hidung pun rasa coklat (pernah rasa ke? Hiks) Kalau korang dapat pasangan yang dekat, kira ok lah tu. Dapat jumpa setiap hari, dating setiap masa. Tapi masalahnya kalau pasangan korang jauh? Macam mana pulak tu? Sorang duduk selatan, sorang lagi duduk utara tanah air. Paling perit kalau ada yang pasangan bercinta 2 benua. Aiyoookkk.

Tipulah kalau yang pernah hadap situasi LDR ni takda rasa apa-apa syak wasangka terhadap pasangan kan. Pasti lah rasa nak tahu apa yang diorang buat belakang kita. Dah la jauh tak dapat jumpa, hubung pun kat telefon sama ada menelefon atau bersemuka dalam talian (video call, zoom dsb)

TIPS MENJAGA HUBUNGAN JARAK JAUH

Kalau nak dikatakan tentang cinta jarak jauh, sejujurnya pada yang telah merasai sangat perit. Perit untuk menanggung rindu yang kian lama tak berjumpa. Selalu check calendar untuk kira tinggal berapa hari lagi untuk bersua dengan yang tercinta. Haa gittcheeww sweet kan?

Ada juga mulut-mulut masyarakat berpendapat boleh survive ke bercinta jarak jauh ni…? Rata-rata ramai tak tahan sebab pasangan takda kat depan mata. Tapi sebenarnya long distance relationship boleh survive kalau kedua-dua lain jantina boleh memahami keadaan mereka dan ada tipsnye.

Antara tip untuk menjalinkan hubungan cinta jarak jauh :-

1. Saling percaya

dalam setiap percintaan, unsur kepercayaan terhadap kedua-dua pasangan sangatlah penting. Apa guna bercinta tapi langsung takda rasa percaya pada pasangan? Lagi-lagi kalau korang terpaksa berjauhan. Pasti ada kalanya diuji dengan perasaan, kewangan dan sebagainya. Jadi dengan cinta yang hadir dan kepercayaan itulah yang memainkan peranan sama ada korang boleh handle the situation atau pun tak. Andainya tiada lagi rasa percaya dalam cinta, habis musnah sebuah perhubungan yang korang pertahankan selama ni. Jadi kepercayaan tu penting ye.

2. Bertanya khabar setiap hari

FWP: A Long, Long-Distance Relationship | The Swaddle

Ada yang tanya kalau telefon setiap hari, tak rasa ke pasangan tu dikongkong? Semua rutin aktiviti kena report dekat pasangan. Tapi dah namanya cinta jarak jauh, perlulah beritahu apa yang kita lakukan supaya pasangan tak tertunggu-tunggu. Dia pun boleh lakukan aktitiviti dengan kawan-kawan atau keluarga tanpa si cinta. Kebiasaannya, bagi yang perempuan, bukanlah dia minta untuk korang si lelaki layan dia 24 jam tapi memadai kalau korang bertanya khabar. Barulah dia rasa yang korang ni ambil berat terhadap pasangan.

3. Setia dan jujur

Dua perkara ini lah susah untuk pasangan buat. Setia dan jujur pada pasangan. Bila berjauhan bukanlah satu tiket untuk korang bebas mencari pengganti atas alasan sunyi atau bosan. Jadilah pasangan yang jujur dan setia. Kedua sifat ini sangat penting untuk kekalkan hubungan percintaan. Cuba korang bayangkan, kalau pasangan korang buat perkara tak betul di belakang korang? Mesti sakit kan. So, kalau tak mahu rasa ditipu, jangan buat terhadap pasangan ye.

4. Beri kejutan

Creative long distance love

Apabila kita meletakkan situasi perhubungan dalam cinta jarak jauh, sememangnya jarang untuk bertemu dan akan mula rasa rindu yang membuak-buak. Jadi, tak salah kalau korang sekali sekala membuat kejutan terhadap pasangan. Misalnya korang boleh datang berjumpa dengan dia, upah runner untuk beri sejambak bunga atau pun si perempuan boleh kirimkan grab food untuk menghantar makanan yang sedap buat si dia. Cuba buat perkara yang menarik agar pasangan korang akan rasa jatuh cinta kali pertama. Walaupun Nampak simple tapi pada pasangan sendiri akan rasa hargai pengorbanan yang korang buat.

5. Selalu berkomunikasi

Can Long Distance Relationships Work? | Reader's Digest

Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhungan. Miscommunication @ salah faham ketika berbual akan merosakkan mood dalam perhubungan cinta. Lagipun sekarang bermacam-macam teknologi sediakan seperti whatsapp, internet, zoom, webcam untuk kita saling berhubungan dengan pasangan. Bukan lagi seperti orang dulu-dulu yang hendak telefon pasangan guna telefon awam yang masukkan dua puluh sen. Ambillah masa sekurang-kurangnya 10-15 minit menelefon pasangan untuk menunjukkan bahawa korang sentiasa mengingatinya walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi jarak jauh di samping dapat mengubati rasa rindu pada pasangan masing-masing.

Jadi, ini antara tips yang korang boleh guna pakai untuk memastikan hubungan cinta korang tiada masalah walaupun berjauhan. Jangan jadikan alasan bosan dalam sesuatu perhubungan. Sentiasa bersifat matang dan perlu hadap bersama agar di penghujungnya korang sendiri rasa berjaya menempuh pancaroba bercinta jarak jauh.

Tiada istilah salah pun bagi korang menjalinkan cinta jarak jauh asalkan boleh jaga maruah diri, maruah pasangan dan paling penting jaga maruah keluarga. Semoga perhubungan korang berakhir dengan perkahwinan. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *