Macam Mana Nak Tahu Masakan Kita Rasa Okay? Ini Cara Merasa Masakan Ketika Puasa – Mufti WP

Dahlah sepanjang Ramadhan tahun ni kena masak, macam mana nak rasa? Kalau rasa, batal tak puasa?

Mesti ayat ni pernah terlintas kat kepala korang kan? Lagi-lagi lah buat mereka yang 1st time nak masak untuk bulan puasa ni… yelah kan tahun ni penganjuran bazar Ramadhan tak da disebabkan masih dalam tempoh PKP.

How Does Sight and Smell Affect the Taste for Foods?

Kalau dibolehkan untuk merasa, cara dia macam mana pulak untuk tak batal puasa kita sepanjang hari tu? Haaa, kami ada sediakan jawapan padu dan bernas dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan masalah ini.

Semoga ia beri manfaat dan menyelesaikan masalah korang 🙂

SOALAN :

Apakah hukum merasa makanan ketika bulan puasa?

JAWAPAN :

Merasa makanan adalah DIBOLEHKAN dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak dibatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.

Situasinya adalah seperti tukang masak atau suri rumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata :

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

““Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya. 

Kesimpulannya, cara-cara nak merasa makanan ketika berpuasa adalah :

  1. Merasa makanan adalah dalam kuantiti yang sedikit dan diletakkan di hujung lidah
  2. Kemudian perlu diludahkan semula dan berkumur.
  3. Jangan pula merasa lepas tu telan kerana apabila jika ditelan bersama air liur, dikira batal puasa. Tapi jika situasi menelan dan lupa korang puasa pada hari itu, dimaafkan dan berpuasa seperti biasa.

Jadi dah tak keliru kan? Islam ni mudah saja. Boleh merasa. Tapi jangan suka pula asyik nak merasa saje. Hiks

Sumber rujukan : Irsyad Fatwa , Edisi Khas Ramadhan , HUKUM MERASA MAKANAN KETIKA BERPUASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *