‘Makcik Kiah’ Terus Trending Di Twitter

Petang tadi semua orang menunggu untuk mendengar pengumuman khas daripada Perdana Menteri mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kerana wabak Covid-19 yang belum nampak titik noktahnya.

Namun, rata-rata rakyat dapat menarik nafas lega dan berterima kasih kepada PM kerana dengan keadaan yang getir ini masih mengutamakan seluruh rakyat Malaysia dengan bantuan dan inisiatif yang disediakan. Langsung tiada yang terkecuali!

Tapi yang mencuit hati dan menarik perhatian warganet apabila contoh ‘Makcik Kiah‘ yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menjadi bualan netizen dan trending di Twitter.

Hal ini kerana warganet sungguh terharu dengan pendekatan yang mudah dan berjiwa rakyat yang dilakukan oleh beliau untuk memudahkan rakyat faham.

Sehinggakan warganet menyoal sama ada wujud ke tak Makcik Kiah yang disebut oleh PM dan ada karikatur yang telah melukis gambaran Makcik Kiah apabila mendapat bantuan daripada kerajaan.

pelbagai kartun yang direka oleh netizen untuk hiburan

Berdasarkan tinjauan di Twitter ketika ini, nama ‘Makcik Kiah’ kini sudah trending menunjukkan ramai warganet mula bercerita tentang ‘Makcik Kiah’.

Meskipun menggunakan konteks hiburan untuk rakyat faham, dalam ucapan terakhir beliau, ramai yang tersentuh dan menerima respons positif cara beliau mengendalikan kebajikan rakyat.

Apa-apa pun, kita faham untuk kerajaan baru hadapi ujian yang berat ini. Kita perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak putus-putus cuba untuk meringankan beban rakyat di seluruh negara ini tanpa mengira status, bangsa dan agama. Usaha mereka ini seharusnya dipuji dan dihargai sampai bila-bila kerana tidak semua negara bertuah mempunyai kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

#MyPM #StayHome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *