Mesin Viral Meletup, Thermomix Indah Kabar Dari Rupa

Baru beberapa hari yang lepas, ramai yang kecoh dengan satu produk mahal mencecah RM7000 bernama Thermomix yang memudahkan kaum wanita untuk masak di dapur.

Produk ini claim dapat melakukan pelbagai fungsi masakan seperti menggoreng, masakan stim, bercampur dan sebagainya dapat dilakukan secara serentak. Hanya campak-campak, tekan butang kemudian siap!

Senang kata orang yang tak reti masak pun tiba-tiba boleh jadi chef handalan kalau guna pekakas ni.

Tapi lain pula ceritanya sekarang. Ramai yang kecam mengatakan Thermomix ni tidaklah sebagus yang diwarwarkan. Bak kata indah khabar dari rupa hingga boleh bawa maut! Seriuslah?

Thermomix keluar bunyi pelik dan meletup

Kes berlaku pada Januari 2016, di mana seorang wanita berasal dari Perth, Australia, mengalami luka-luka kesan terbakar tahap dua di dada, lengan dan perutnya apabila Thermomix model TM31 tiba-tiba meletup, penutupnya terbuka dengan sendiri apabila dia sedang menyiapkan makan malam.

Mangsa yang bernama Danika Jones itu juga mengatakan ketika dia sedang masak sos menggunakan mesin mewah, dan tiba-tiba penutupnya terbuka sendiri lalu memercikkan cecair panas ke seluruh bahagian tubuhnya. Sebelum kejadian berlaku, mesin itu mengeluarkan bunyi pelik dan bergetar. Kemudian, Danika Jones mematikan suis dan ketika itulah ia meletup.

Pada waktu yang sama, Danika telah pergi mendapatkan rawatan di hospital. Semasa dia sedang mendapatkan rawatan, terkejutnya dia apabila diberitahu dia bukanlah mangsa pertama akibat letupan Thermomix MT31.

Selepas kejadian itu berlaku, dia ada dihubungi sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh orang lain yang juga melecur hasil dari mesin mewah itu.

Mesin didenda $4.6 Juta

Akhirnya, Thermomix didenda sebanyak $4.6 juta kerana berbohong tentang keselamatan produknya dan tidak memberi pembayaran balik untuk tuntutan yang dibuat. Apa-apa pun itu kes yang telah lama berlaku untuk model TM31, yang merupakan model kontroversi Thermomix kerana dilaporkan mempunyai masalah keselamatan.

Keluaran terbaru masih belum ada sebarang laporan ngeri yang berlaku. Apa-apapun kita harap, semua produk mengekalkan polisi keselamatan agar tiada kes ngeri yang berlaku terhadap pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *