‘Nikah Online’ Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Hari ni negara mencipta satu lagi sejarah di mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin yang pertama secara dalam talian (online).

Majlis pernikahan online menerusi sidang video itu membabitkan pasangan pengantian, Muhammad Don Haadi Don Putra. 29, dan pasangannya, Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Online' | Akad nikah 'online' pertama - 'Jawı'

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi.

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Majlis akad nikah secara dalam talian itu dikongsi Zulkifli melalui laman faceebooknya, hari ini.

Majlis akad nikah secara dalam talian di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak. - Foto Ihsan Twitter Datuk Dr Zulkifli

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.

Katanya, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Beliau berkata, majlis diadakan itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.

Sebagai melaksanakan, JAWI membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan wabak pendemik COVID-19 adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber : berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *