Selepas Masyarakat Asnaf, Frontliner Hospital Kluang Pula Dibantu.Netizen Salute Shahrol Shiro!

Kecoh kat media sosial pasal ‘ARTIS PUN PERLUKAN BANTUAN KHUSUS’. Ramai artis yang bersetuju dengan point tu sebab katanya, artis pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Persoalannya, pertama, bantuan khusus yang macam mana korang nak minta?

Persoalan kedua, kalau dah selalu show off aset korang kat media, kat peminat korang, tang mana signifikasi yang korang tu kais pagi makan pagi?

Bukanlah nak menyebelahi sesapa tapi di saat negara getir dilanda wabak Covid-19 ni, sepatutnya mana yang high taste level tu tak kira artis ke rakyat biasa ke saling membantu dengan rezeki yang korang ada.

Dengan keadaan sekarang ni, rakyat marhaen yang susah nak bekerja, telur sebiji pun susah nak dapat untuk sehari itu yang patut kita tolong. Tidak adil rasanya kalau semua perkara perlu disamaratakan.

Yesss tak semua artis macam tu. Dari menyalahkan banyak pihak, lebih baik membantu. Sekurang-kurangnya dapat juga saham akhirat untuk dibawa nanti.

Malas nak cerita lebih-lebih. Okay tatkala sesetengah artis lain membuat seruan agar kerajaan tidak memingirkan nasib anak seni Malaysia, Shahrol Shiro yang terkenal dengan tagline #NeverSurrender di Instagram miliknya lain pula jadinya.

Baru-baru ni, Shahrol Shiro sendiri telah turun padang untuk membantu masyarakat di kampung halamannya di Kluang, Johor dengan mengagihkan bantuan berisi barangan keperluan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan.

Tidak cukup dengan itu, malam tadi (29 Mac) sekali lagi Sharol Shiro berkumpul bersama Gerakan Orang Orang Muda Johor (GROMJ) dan MHE Constructions SDN BHD memberi sumbangan makanan dan makanan kepada frontliner Covid-19 shift malam di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Jangan mengalah frontliner semua.. Doa kami mengiringi setiap langkah perjuanganmu..Malam ini bersama menghulurkan sedikit sumbangan kpd frontliner yg bertugar di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang.. Terima kasih sahabat2 yg membantu.. Doa yg baik2 utk kita semua.” #Covid19fighter #NeverSurrender #AkuBudakKluang #GROMJ

Menolong orang yang tidak berkemampuan dalam waktu yang sama jangan pula kita lupakan pasukan frontliner hospital. Mereka sedang berjuang sehabis baik untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19. Entah kita tahu atau tidak apa yang mereka buat selama 18 jam, sekurang-kurangnya dengan sumbangan yang diberikan oleh anak jati Kluang itu sedikit sebanyak melegakan pasukan frontliner Hospital Kluang termasuk pengawal keselamatan hospital juga diberi sumbangan makanan dan minuman.

Niat murni Shahrol dan pasukannya mendapat pujian daripada netizen dan rata-rata mereka salute tindakan watak Mujibur dalam telefilem ‘Mujibur Mari’ itu.

Ada netizen meminta artis lain tutup mulut agar tidak mengaibkan diri sendiri malah sarankan tindakan Shahrol Shiro sebagai contoh dan ikon untuk semua.

Jika kita memberi, takkan miskin.

“Kita memberi bukannya sebab ada, tapi kita tahu peritnya bila tiada.’ – Shahrol Shiro.

Apa-apa pun salute!

#stayhome #kitajagakita

Sumber : Instagram Shahrol Shiro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *