Tiada Lagi Pergerakan Radius 10KM, Tapi Rentas Negeri Untuk Balik Kampung Masih Belum Dibenarkan

Orang ramai dibenar untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa semalam (4 Mei).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, peraturan itu yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksana di bawah PKPB.

“Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini,” katanya pada sidang medianya di Putrajaya semalam.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *