‘Total Lockdown’ di Simpang Renggam, Apa Iktibar Yang Perlu Rakyat Malaysia Ambil?

Malam Khamis lalu (26 Mac), Simpang Renggam menjadi pekan pertama yang diarahkan untuk total lock down dan menyebabkan seramai 3,570 penduduk diminta untuk menjalani perintah berkurung,

Keputusan yang dibuat pada dua kawasan iaitu Kampung Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang dilakukan atas nasihat Menteri Kesihatan itu adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin menular walaupun telah masuk hari ke-13 perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Apa yang rakyat Malaysia boleh belajar daripada situasi total lockdown atau pun PKPD di Simpang Renggam?

Susulan daripada perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini, ramai yang merungut walaupun langkah berkenaan diambil adalah sebagai salah satu cara kerajaan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus menular.

Melihatkan situasi ‘kesukaran’ di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, ada baiknya kita terus insaf dan mengikut perintah kerajaan duduk di rumah diam-diam. Tidak perlu untuk keluar jika tiada keperluan. Jika berdegil, tak mustahil kesemua kawasan di Malaysia akan diarahkan untuk PKPD dilaksanakan.

Jika keadaan ini diizinkan, seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja tidak dibenarkan keluar langsung dari rumah malah semua aktiviti perniagaan yang bukan kepentingan akan ditutup.

Maka pilihan pada kita, mahu turut atau tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *