Warna Yang Tepat Bantu Mengekspresikan Mood Korang

Pernah tahu tak, warna memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita? Dengan warna yang kita pakai secara tak langsung mengekspresikan mood dan karakter kita.

Setiap warna mempunyai maknanya yang tersendiri dan dipercayai boleh mempengaruhi tindak tanduk seseorang.

Seorang jurugambar dari Indonesia ada mengatakan dalam bukunya ‘Color Vision’ – “Warna dapat menciptakan keselarasan dalam hidup. Dengan warna kita boleh menciptakan suasana yang aman dan damai. Dengan warna juga dapat menyampaikan perasaan yang kacau dan gundah gulana seseorang.

Jadi, kalau korang nak tahu warna yang selalu korang pilih ada maknanya tersendiri atau tak, jom sama-sama kita baca :

#1 Merah Bak Bibir

Nggak Pede Karena Bibir Gelap? 5 Tips Ini Bisa Membantu Membuat ...

Merah selalu dikaitkan dengan warna darah, api dan sifat semangat yang membara. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu membangkitkan keinginan lapar dan perhubungan seksual.

Untuk tampil lebih menarik, penggemar warna cili ini boleh dipadankan dengan warna biru.

#2 Oren Bak Mentari Senja

Membisikkan Pelangi: APABILA MENTARI SENJA

Apabila kita melihat warna oren, apa yang kita fikir? Pastinya reranting dan bunga kering di negara Korea sana kan? Warna ini juga melambangkan keceriaan, kehangatan, semangat, penuh rasa sosial dalam persahabatan dan seseorang itu akan nampak lebih optimisme.

Oren sama seperti kuning yang sifatnya yang terang mampu menarik pandangan mata untuk dilihat. Warna yang sesuai dipadankan dengan Oren adalah biru dan ungu untuk menyerlahkan lagi keunikan dan berada di tahap kelasnya tersendiri.

#4 Biru Bak Langit

Chegu Zubir: Cinta Antara Langit dan Laut

Biru amat sinonim dengan warna laut, langit, sifat yang damai, dan menenangkan fikiran dan jiwa. Umumnya, warna ini mampu memberi kelembutan dan kesenangan untuk semua orang dan dipercayai boleh juga melawan sakit insomnia, darah tinggi dan migraine.

Warna biru juga dikatakan warna korporat di mana untuk menunjukkan sifar professional yang tinggi dan semangat kepercayaan.

#5 Kuning Bak Pisang

Dunia Mewarnai Gambar: Mewarnai Gambar Pisang

Kuning, of course lah melambangkan keceriaan, kegembiraan dan kehangatan pada seseorang. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original.

Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan. Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.

#6 Hijau Bak Alam

Pokok Hijau Rumput Hijau Wallpaper - Muat turun ke telefon bimbit ...

Hijau membawa identiti alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan santai. Mengikut pandangan psikologi, warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi yang tertekan dapat menyeimbangkan emosi dan memudahkan untuk keterbukaan dalam komunikasi.

Ini kerana warna hijau mempunyai effect yang rileks dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri kerana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap.

#7 Putih Bak Kain

Huawei Nova 3i Berwarna Putih Mutiara Kini Dilancarkan Di Malaysia ...

Putih itu suci. kerana tidak perlu untuk bercampur dengan warna lain maka nampak putih itu bersih, suci dan menawan.

Salah satu sifat warna putih ini adalah memberikan seseorang itu lebih keterbukaan dan berdikari dalam semua perkara.

#8 Coklat Bak Batu Bata

Brown brick wall, texture, bricks, wall HD wallpaper | Wallpaper Flare

Coklat merupakan salah satu unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kehangatan, nyaman dan aman kepada individu.

Kelebihan warna coklat akan menampakan susuk moden, canggih dan mahal kerana warnanya hampir dengan warna emas.

Korang dah tahu kan makna-makna warna yang korang suka pakai dan gayakan. Ni semua pandangan dari sudut psikologi. Mungkin betul mungkin tidak. Depend pada individu itu sendiri.

Sumber : MyHealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *